IBM server yang memeningkan kepala
Sudah lebih 2 minggu rasanya aku and geng menyerang server2 IBM ni. Huhu. Department aku dapat 5 server IBM (System X 3850 M2) untuk development. Dulu masa guna server lame main letak je sume portal tapi sekarang ni nak asingkan mengikut kategori dalam virtual2 yang berbeza. So, KVM jadi pilihan kitorang. Primary OS, Ubuntu server 8.10 64 bit. Guest OS pun kitorang pakai Ubuntu gak.
Sebelum ni aku memang biasa dengan OpenSuse. Bila dah guna Ubuntu sebagai server baru nampak ubuntu ni best giler. Malang jodoh ngan ubuntu tak panjang. Huhu. Ada kekurangan kat driver PCI express yang menyebabkan masalah pada proses I/O dan menyebabkan kegagalan server. Sebelum detect benda alah ni, vendor IBM tahu tukau harddisk je. Ape la diorang ni.
Masa salah sebuah server kitorang fail sebelum ni, aku dapat selamatkan data dalam server tu guna live CD 32 bit. Itu yang kendian Din cadangkan try install Ubuntu Server 8.10 32 bit plak. Pelik tul. Apasal la xleh. Dari CD xleh, USB xleh, network pun xleh. Hampeh tul la.
Kendian. Cuba la plak install OpenSuse 11.0 32bit. Cuba install KVM gak. Nampak la install KVM dalam ubuntu jauh lebih best dan mudah. Pastu aku dapat maklumat kat internet rupa-rupanya 32 bit just support memory 2 GB je untuk setiap instance VM tu. Xde guna la jawabnya coz kitorang perlu lebih dari itu.
Xen. Hermm.. Terpaksa gak la cuba. Walaupun x semenarik KVM. Belajar lagi benda baru. Tapi still ada masalah kat memory. Dia just detect 13 GB je. 32bit nye pasal. Kitorang kena cari cara camne OpenSuse11.0 32 bit dapat support memory yang besar ataupun kitorang kena install OpenSuse11.0 64bit je. Geramnya, server x detect plak bila masukkan Installer OpenSuse 64 bit tu.
Bila la nak selesai. Memang banyak benda baru dipelajari tapi masalahnyer keje tak siap lagi.
1 ulasan:
Semalam, Din install OpenSuse Enterprise. Berjaya install tapi xleh detect network card la plak.
Aku pula, pinjam OpenSuse11.0 64 bit milik Syed. Boleh plak install. Maybe IBM server ni xnak DVD murah yang Din guna sebelum ni atau burner ade problem.
Din dah punyer elok setting Xen dalam tu. Bila nak create virtual, ade lagi problem. Huhu.. Kesian Sifu Din dan aku sekali. Sampai dia cakap, apa la salah kita ni Wahid? Apa dosa kita?
Hahaha
Catat Ulasan