PPSMI
Isu pengajaran Sains dan Matematik dalam BI sedang kecoh sekarang ini dan aku gemar ke Blog Tun Dr. Mahathir untuk melihat pendapatnya dan orang2 lain. BI aku sendiri pun lemah. Kat sini aku bukanlah hendak menyokong atau menentang. Cuma pabila dikenang kembali situasi zaman aku belajar dan cara pemikiran aku sekolah rendah dahulu (bukan nak kata cara aku tu betul tapi mungkin ada yang sepertiku), ada beberapa perkara nampaknya yang perlu diubah tidak kisah samaada PPSMI itu wujud ataupun tidak.
Aku tak pasti zaman aku dulu start belajar BI dari darjah satu ke darjah dua. Yang pasti, aku sukar untuk menerimanya. Bila masuk darjah enam, biasanya cikgu hanya tahu cakap BI sahaja dalam kelas. Ini amat berlainan dengan keadaan semasa mengambil diploma. Walaupun dalam kelas BI, pengajar still selang-selikan dengan bahasa melayu dan akan menerangkan dalam bahasa melayu jika kita tidak faham. Pendidik perlu paham bahawa tahap penerimaan dan kesedaran setiap murid adalah berbeza. Disebabkan hendak ikut sukatan pelajaran, murid yang cepat belajar terus kehadapan dan yang tertinggal pula adakalanya hilang minat untuk belajar.
Ingat masa sekolah rendah dulu. Dalam akademik, aku murid yang amat meminati sains dan ia bermula disebabkan buku teks dan bahan2 bacaan di perpustakaan. Silapnya, BI aku lemah dan aku tidak menyukainya (sejak dari darjah 3 sebab aku tak suka kat cikgu yang ajar tu. Hehe). Kalau orang lain jenis yang seimbang dalam akademiknya (semua subjek lebih kurang je tak kisah la cemerlang atau tidak), aku pula jenis yang akan terus berjuang dalam subjek yang aku minat dan aku nampak aku boleh menonjol. Akibatnya, terabailah subjek2 yang aku lemah coz takut kalau2 tumpuan kat subjek2 lemah tu buatkan pencapaian dalam subjek2 yang diminati merosot.
Kalau dalam keadaan sekarang, mungkin terdapat murid yang sudah kehilangan minat untuk belajar dari awal disebabkan tidak faham. Entahlah. Mungkin aku salah coz PPSMI dilaksanakan dengan bantuan peralatan ICT dan bahan2 interaktif yang mampu memberi suntikan atau memupuk semangat ingin tahu setiap murid tidak kisah bahasa apapun yang digunakan.






.jpg)